Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

TIPS PECAH LOT TANAH                  

  • 0

TIPS PECAH LOT TANAH                  

 

 

PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (Seksyen 137 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Tanah / Hakmilik Pendaftar, dipecah kepada dua bahagian atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.

Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9A yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;

  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • ‘Memorandum and Article’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN
(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN
Pihak Berkuasa Negeri.

 

Contoh: kadar bayaran yang dikenakan  (Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Kota  Bharu)

a) Bayaran permohonan RM100.00
b) Permohonan Hakmilik Sementara RM 5.00
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara RM60.00
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara RM20.00
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap  
                     i)  Pejabat Pendaftaran RM30.00
                     ii) Pejabat Tanah RM10.00

 

Contoh: kadar bayaran yang dikenakan (Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu)


Follow Kami