Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Tentang Kami

TEAM PROFESSIONAL KAMI

Klient dan bakal klient kami adalah penyebab kenapa kami berada dalam bidang ini. Dengan campuran yang unik pengetahuan tentang pembinaan kediaman dan komersil, pasukan yang berkelayakan kami mendekati setiap prospek secara profesional, konsisten dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang berkualiti.

Muhd Hafiz Bin Che Hamat

Muhd Hafiz Bin Che Hamat

Pegawai Operasi, Civil Engineering.

hafizhamat@gmail.com

Encik Hafiz Hamat sudah berada dalam bidang pembinaan sejak tahun 2007 lagi, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembinaan kediaman, juga aktif dalam industry hartanah, komersial dan bidang civil construction. Mempunyai lesen yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB. Kini, keutamaan difokuskan secara total kepada pembinaan bangunan kediaman rakyat sekitar Negeri Kelantan. Kepakaran beliau dalam mengurus, menyelia dan membina projek turut menyumbang kepada kelancaran dalam sesuatu binaan. Kehendak dan kepuasan klient adalah menjadi satu matlamat yang wajib dicapai sebaik mungkin.


photo_2016-07-04_10-55-38

Nur Amalina Binti Halim

Pegawai Pemasaran, B.Sc (Hons) Property Management, UTM

namalina86@gmail.com

Puan Amalina Halim menjawat jawatan pegawai pemasaran di syarikat. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang hartanah, mengambil bidang hartanah sewaktu ijazah di University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Komited untuk memberikan sepenuh komitment untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi pada setiap masa. Dengan pengetahuan yang kukuh dalam pembangunan dan pengurusan kualiti, sentiasa memberi sepenuh perhatian untuk pembangunan syarikat kearah yang lebih cemerlang.

SFGRDG

WAN ALAWI BIN WAN AB RAZAK

Arkitek, Diploma in Interior Design, UITM Seri Iskandar

Wan Alawi menjawat jawatan sebagai draughtsman di syarikat, beliau mempunyai kepakaran yang baik dalam menyiapkan pelan rumah yang diberikan kepadanya. Beliau mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam lukisan plan kediaman dan industri pembinaan. Wan Alawi mempunyai fungsi bersepadu untuk kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan rekabentuk yang dibuat memenuhi piawaian dan standard tertinggi.

 


16901819_1216222245164504_971906934_n

Nik Nur Sayzwani Fizah Bt Sukri

Executive Administrative & Account, Diploma in Interior Design, KKTM Rembau

Nik Nur Sayzwani Fizah Bt Sukri bermula dengan menjalankan latihan praktikal beliau selama 4 bulan di syarikat kami. Beliau menyumbang banyak tenaga dalam pembangunan syarikat terutama dalam bidang rekabentuk, marketing dan pentadbiran syarikat. Dan akhirnya diserap masuk sebagai salah seorang team kami memegang jawatan rekabentuk dan pengurusan syarikat.

Mohd Faizal Bin Mohammad Kibri

Diploma in Industrial Health & Safety, IKM Sungai Petani

Nur Fatin menjawat jawatan pengurusan di syarikat, menguruskan dokumentasi fail klient dan segala urusan berkaitan pengurusan syarikat termasuk kerja menaip surat menyurat dan sebagainya.