Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Pengenalan

Pengenalan Jitu Construction

 

Kami merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM, PKK dan CIDB. Menjalankan kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian dan sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan kami.

JITU CONSTRUCTION adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bertarikh 26 Disember 2001. Ia ditubuhkan bagi memenuhi saranan kerajaan dalam menggalakkan golongan bumiputera menguasai ekonomi perniagaan di Malaysia. Syarikat ini memainkan peranan yang aktif dalam pembinan rumah kediaman, ubahsuai rumah dan jual beli hartanah sekitar Kelantan.

JITU CONSTRUCTION telah mendapat lesen kontraktor kelas F pada tarikh 13 Julai 2004 yang telah didaftarkan di bawah Pusat Khidmat Kontraktor yang mengandungi 3 sub kepala iaitu Pembinaan Bangunan, Pembinaan Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal. Kami juga mempunyai lesen kementerian kewangan bagi merancakkan lagi aktiviti syarikat untuk lebih berdaya saing dan meningkatkan mutu kerjaya dengan lebih cemerlang.

Bidang kerja yang ditawarkan oleh syarikat kami meliputi Pembinaan, Rekabentuk Binaan Bangunan dan Perumahan, Ubahsuai Bangunan, Proses Pecah Lot Tanah, Jual Beli Hartanah, Proses Guaman dan Pinjaman Perumahan.

JITU CONSTRUCTION menfokuskan kepada pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Kami sedia menerima klien yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri dan melakar pelan rumah mereka berdasarkan kepada rekabentuk yang mereka kehendaki.