Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Pinjaman Perumahan

 Syarat-Syarat Asas

  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

CARA PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN KERAJAAN 

Kelayakan Pinjaman

Anda perlu menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu sebelum merangka pelan rumah.

(harga rumah bergantung kepada keluasan rumah yang hendak dibina)

Pinjaman terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Semak jadual kelayakan pinjaman mengikut gaji pokok /gaji hakiki.

kelayakan-gaji-bulanan

b) Kelayakan pinjaman tidak boleh melebihi 70 % daripada gaji kasar.

Formula: (potongan dalam slip gaji + bakal potongan rumah) x 100% =70% Gaji kasar

kelayakan-bank

Gaji pokok rm 4,171.46 & kelayakannya = rm 475, 000

Guna formula:

Formula: (potongan dalam slip gaji + bakal potongan rumah) x 100% =70% Gaji kasar

Potongan dalam slip gaji =rm 1,657.87

Gaji kasar (gaji pokok + elaun) = rm 5,021.46

Bakal potongan rumah = x

(1657.87 + x) x 100% = 70 %

5, 021.46

Bakal potongan rumah ( x ) = rm 1,857.15

c) Berapakah harga rumah untuk potongan RM 1,857.15 bagi pemohon lelaki berumur 35 tahun?

Harga rumah = bayaran bulan tidak melebihi RM 1,857.15

Rajah 4
Bank-bank tempatan menyediakan pinjaman perumahan, secara islam dan konvensional. Untuk membantu pembeli-pembeli yang tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan disebabkan mereka bukan kakitangan kerajaan atau sebagainya.

    Pinjaman Perumahan Konvensional:

  • Pinjaman Perumahan Konvensional merupakan sebahagian besar dari jumlah keseluruhan pinjaman perumahan di pasaran. Dalam Pinjaman Perumahan Konvensional peminjam bersetuju membayar balik pinjaman sekali dengan faedah dalam jangka masa pinjaman yang ditentukan.


  • Kebiasanya bank mengenakan kadar faedah tetap atau boleh ubah.


    Pinjaman Perumahan Islam:

    Konsep Pinjaman Perumahan Islam sedikit berbeza dengan Pinjaman Perumahan Konvensional.Perumahan Islam tidak berdasarkan faedah. Pembiayaan perumahan Islam di Malaysia biasanya terbahagi kepada dua jenis – Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM).

  • Bai’ Bithaman Ajil (BBA)


  • Konsep pertama yang digunapakai di Malaysia ketika kewangan Islam mula-mula diperkenalkan. Dalam pembiayaan perumahan BBA, bank mulanya membeli harta pada harga pasaran dan menjual semula kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui. Harga ini adalah harga pembelian harta tambah keuntungan bank. Bank dan pelanggannya kemudiannya bersetuju dengan satu jangka masa dan jumlah bayaran ansuran tanpa kadar faedah.

  • Musyarakah Mutanaqisah


  • Melalui konsep ini, bank dan pelanggan berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Melalui perkongsian ini pemilikan keatas aset ini menjadi pemilikan kedua belah pihak.Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila selesai membayar kesemua bayaran pembiayaan dalam temph masa yang ditetapkan.


    Pinjaman Bank

  • Biasanya kelayakan pinjaman tidak melebihi 70 – 75% daripada gaji bersih.


  • Gaji bersih adalah gaji selepas ditolak dengan KWSP, SOCSO, PCB


  • Rajah 4



    Gaji pokok + elaun = rm 5,021.46 (Gaji Kasar)

    Potongan = RM 1657.87

    Gaji bersih = rm 5, 021.46 – rm 1657.87 = rm 3, 363.59

    Jika kelayakan pinjaman 75 % daripada gaji bersih,

    Maka, jumlah potongan yang dibenarkan 75% x 3, 363.59 = rm 2, 522.70

    Tetapi sekiranya peminjam mempunyai potongan lain seperti

    Kereta = rm 500

    Pinjaman peribadi = rm 400

    Maka potongan bulanan pinjaman perumahan yang dibenarkan ialah

    rm 2, 522.70 – (500 + 400) = rm 1, 622.70

    Berapakah harga rumah yang layak dipohon untuk potongan sebanyak rm 1, 622.70