Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Peluang Kerjasama

Peluang kerjasama

JOINT VENTURE (PERKONGSIAN PEMBANGUNAN)

Kami di Jitu Construction mengalu-alukan kepada semua warga negeri Kelantan untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dalam bidang hartanah, Peluang ini terbuka kepada semua melalui perkongsian pembangunan di atas tanah persendirian. Semua pengurusan dan modal pembangunan akan ditanggung oleh syarikat. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan persetujuan bersama dan mengikut terma dan syarat-syarat yang akan ditentukan.

PROSES PECAH LOT, PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN.

Jika anda memiliki tanah dan ingin melakukan proses pecah lot, pecah sempadan atau pecah bahagian tetapi tiada pengalaman dan modal, kami sedia membantu anda. Jitu Construction akan menguruskan proses pecah tanah tersebut meliputi pertukaran syarat tanah pertanian kepada pembangunan, penyelesaian tanah pusaka (jika ada), pembahagian lot tanah dan lain-lain proses yang terlibat.

PENJUALAN LOT TANAH PERSENDIRIAN

Jika anda memiliki tanah lot untuk dijual di Kelantan, Jitu Construction boleh membantu dengan menawarkan lot tanah anda kepada bakal pelanggan kami. Kami tidak akan mengenakan sebarang bayaran atau meminta komisyen daripada tuan tanah. Pada masa yang sama, tuan tanah juga berhak menjual lot tanah beliau kepada individu lain.

PEMBINAAN RUMAH UNTUK DIJUAL BALIK.

Terbuka kepada semua yang mempunyai kelayakan pinjaman perumahan atau modal sendiri yang berminat untuk menceburi bidang hartanah / pembinaan tetapi tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam bidang hartanah. Kami sedia membantu dari segi pengurusan, pembinaan dan jualan/pemasaran. JAMINAN KEUNTUNGAN 20% – 30% DARI MODAL.
Dengan cara pihak syarikat akan menawarkan harga kontrak yang berpatutan untuk pembinaan rumah kepada para-para pelabur. Segala urusan pinjaman, pengurusan dan pembinaan akan diuruskan oleh pihak syarikat. Selepas rumah siap dibina, Pihak syarikat dan pelabur akan bekerjasama untuk menjual dan memasarkan kembali rumah tersebut dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya rumah yang telah siap dibina boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi 20% – 30% daripada rumah yang dalam proses pembinaan atau dalam cadangan pembangunan.

KELEBIHAN PELABURAN
1. Risiko yang sangat minima ditanggung oleh pelabur kerana hartanah yang dibina adalah diatas nama pelabur sendiri.
2. Bidang hartanah yang sangat berpotensi untuk diceburi untuk mengaut keuntungan yang lumayan berbandingkan dengan lain-lain bidang.
3. Segala urusan pelaburan melalui perjanjian guaman yang disahkan
4. Pemilihan kawasan yang strategik memberi jaminan jualan balik hartanah
5. Pengurusan yang dijamin dan tempoh pembinaan yang cepat.
6. Keuntungan sehingga 20% – 30% dari modal atau pinjaman yang dikeluarkan.
7. Sangat sesuai untuk kakitangan kerajaan.
8. Segala urusan cukai keuntungan akan diuruskan oleh syarikat.
Kami di Jitu Construction sangat berbesar hati menjemput individu atau syarikat yang berminat untuk bekerjasama melalui mana-mana jenis kerjasama yang di rasakan sesuai. Jika anda berminat untuk bekerjasama, sila hubungi kami di Jitu Construction.

 

 

partnership-resized-600