Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

BUMBUNG

  • 0

BUMBUNG

Category : Uncategorized

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

 

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

 

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.

 

Pemilihan Jenis Bumbung

 

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

 

  • Saiz dan bentuk bangunan – bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

 

  • Nilai estetika – nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

 

  • Ekonomi – kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

 

 

 

 

  • Bumbung Curam

 

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas  tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia  membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10°-45° dari garis lintang.

 

Jenis-jenis bumbung curam.

 

  1. Bumbung ganding (couple roof)
  2. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)
  • Bumbung simpai (collar roof)
  1. Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
  2. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

 

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

 

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994

  1. i) Bumbung Ganding

 

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter

 

  1. Bumbung Ganding Terikat

 

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok.

 

 

 

 

  • Bumbung Simpai

 

Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm. Kebiasannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih berbanding dengan bumbung yang lain.

 

  1. Bumbung Gulung-Gulung

 

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang melintang di bawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung-gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung-gulung menupang kasau pada jarak sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung-gulung tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

 

  1. Bumbung Pisang Sesikat

 

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.

 

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.

 

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

 

 

 

 

  • Bumbung Rata

 

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

 

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10°. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.


Leave a Reply

Follow Kami