Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

TIPS MENGHIAS KAMAR TIDUR SEMPIT

  • 0

TIPS MENGHIAS KAMAR TIDUR SEMPIT

Category : Uncategorized

Bilik tidur adalah ruang untuk menikmati waktu istirehat setelah seharian penat melaksanakan rutin harian. Ruang bilik tidur yang selesa amat penting agar kita mudah melelapkan mata dan mendapat waktu tidur yang berkualiti.Setiap individu pasti menginginkan hiasan bilik tidur yang cantik dan menarik. Tetapi terasa buntu memikirkan cara-cara untuk menghias bilik tidur apabila memikirkan saiz bilik yang agak kecil. Sebenarnya saiz bilik bukanlah masalah jika ada kemampuan dari segi kewangan untuk membina sesuatu yang WOW di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.Jika anda pandai untuk menata hias dengan menggunakan teknik atau cara pengubahsuaiannya kamar kecil anda akan tampak menarik dan tidak sesak. Antara tips untuk menghias bilik tidur yang sempit agar kelihatan lebih luas adalah seperti berikut:
Pengunaan warna-warna pastel
Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.
Perabot dan Penstoran
Untuk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Gunakan kotak penyimpanan barang kemas atau aksesori di meja solek sebagai tempat meletakkan lampu meja. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai.Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Gunakan juga perabot dwifungsi.
Cermin
Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
Percahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.

Aksesori
Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar.

1413096929753 1418270747561 bedroom-decorating-ideas-for-small-rooms bilik w(16) bilik-tidur bilik-tidur-anak-cute hias-bilik-tidur-women-online-magazine-3 hias-bilik-tidur-women-online-magazine-41


Leave a Reply

Follow Kami