Lot 1195, Tingkat Atas, Taman Uda Murni,
    Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Author Archives: jituconstruction

  • 0

TIPS MEMBELI TANAH LOT

Category : Uncategorized

Tanah Lot Untuk Dijual

  1. GERAN TANAH

Geran tanah merupakan perkara paling utama dalam membeli tanah lot. Hal ini kerana, anda harus memastikan setiap tanah yang dipecah lot itu mempunyai geran masing. Geran individu berasingan memudahkan anda menjalankan urusan pinjaman perumahan, secara pinjaman bank atau pinjaman kerajaan (LPPSA). Sekiranya geran tanah diperolehi daripada penjual,sebaiknya lakukan carian di pejabat tanah bagi mengetahui maklumat yang berkaitan tentang tanah. Pastikan tanah bebas kaveat untuk urusan jual beli.

  1. PROSEDUR YANG SAH

Dalam urusan pembelian tanah lot ini, anda harus memastikan transaksi yang digunakan adalah mengikut perundangan iaitu melalui peguam dan dokuman bertulis. Hal ini bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli dan penjual tersebut. Perkara yang paling penting adalah anda harus memastikan segala urusan pindah milik tersebut didaftar di pejabat tanah terdekat.

  1. SEMAK STATUS TANAH

Penyemakan status tanah ini dilakukan bagi membolehkan anda mendirikan rumah diatasnya. Status tanah mestilah ditukar kepada status bangunan terlebih dahulu bagi membolehkan urusan pinjaman dilakukan. Manakala tanah berstatus pertanian dan tanah bersaiz kecil merupakan tanah yang menjadi masalah untuk membina rumah diatasnya ini kerana urusan pinjaman tak boleh dilakukan kerana status tersebut.

  1. AMBIL TAHU

Bertanya tentang tanah daripada pelbagai sumber, antaranya penduduk yang berdekatan dengan tanah tersebut bagi mengetahui keadaan tanah sama ada ditenggelami air atau tidak. Hal ini bagi melindungi kepentingan anda sebagai pembeli supaya tidak terbeli tanah yang bermasalah.


  • 0

SMART HOME

Category : Uncategorized

Merupakan satu system yang digunapakai didalam kediaman yang mempunyai peralatan, pencahayaan, pemanasan, penghawa dingin, tv,computer, system keselamatan dan system video, agar mereka mampu berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh dikawal dari jauh oleh jadual masa atau dari mana-mana lokasi melalui telephone atau internet.

System ini boleh memberi keselesaan dan juga menjamin keselamatan penghuni rumah.

Ia juga boleh menjadikan rumah anda bukan sahaja cantik dan elegant, malah rumah anda lebih kemas dan berteknologi.

Antara peralatan di dalam system “Smart Home” ialah:

  • Smart door lock (less key)
  • Smart lighting
  • Home alarm and sensitive sensors
  • High technology security cameras.images

  • 0

KEBAIKAN PERKHIDMATAN KONTRACTOR

Category : Uncategorized

Memudahkan urusan pembinaan rumah

Semua hal berkaitan pembinaan seperti urusan pinjaman kerajaan atau swasta, plan rumah, kelulusan plan, pembelian bahan binaan, yuran guaman, penyambungan TNB dan air diuruskan oleh kontraktor.

Harga

Anda juga tidak perlu risau tentang harga kerana, pihak kontraktor telah menetapkan sebut harga terlebih dahulu agar tidak ada perkara berbangkit.

Keselamatan

Pihak kontraktor amat menitikberatkan urusan keselamatan bangunan @ rumah anda. Hal ini kerana sebelum menduduki rumah, pihak kontraktor perlu mendapatkan sijil layak menduduki daripada pihak arkitek. Hal ini telak membuktikan keselamatan bangunan@ rumah yang akan anda duduki.

 


  • 0

TIPS PECAH LOT TANAH                  

 

 

PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (Seksyen 137 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Tanah / Hakmilik Pendaftar, dipecah kepada dua bahagian atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.

Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9A yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;

  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • ‘Memorandum and Article’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

BAYARAN YANG DIKENAKAN
(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)

KUASA MELULUSKAN
Pihak Berkuasa Negeri.

 

Contoh: kadar bayaran yang dikenakan  (Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Kota  Bharu)

a) Bayaran permohonan RM100.00
b) Permohonan Hakmilik Sementara RM 5.00
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara RM60.00
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara RM20.00
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap  
                     i)  Pejabat Pendaftaran RM30.00
                     ii) Pejabat Tanah RM10.00

 

Contoh: kadar bayaran yang dikenakan (Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu)


  • 0

LUKISAN PEMBINAAN

Category : Uncategorized

  • Lukisan pembinaan yang bakal anda terima lengkap dengan ukuran dalam unit meter dan kaki, spesifikasi pembinaan, luas setiap ruang, cadangan kemasan dan sebagainya. 
  • Memudahkan Proses Membuat Submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat anda. Kami akan menyediakan lukisan dalam bentuk blueprint. Jadi untuk tujuan submission, pihak kontraktor bertanggungjawab menyerahkan lukisan yang kami sediakan ini kepada pihak yang menguruskan submission bagi pihak anda samada Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar. Mereka tidak perlu melukis kembali lukisan, sebaliknya hanya perlu menambahkan maklumat yang diperlukan berdasarkan kehendak majlis, memasukkan maklumat tapak berdasarkan geran tanah anda, mewarnakan lukisan mengikut kehendak PBT, cop dan menyediakan beberapa salinan yang diperlukan. Serahkan segalanya kepada pihak kami, kami akan uruskan bagi pihak anda.
  • Mendapatkan Lukisan Struktur. Lukisan struktur hanya boleh disediakan dengan adanya lukisan architecture. Anda boleh menyerahkan lukisan pembinaan yang anda beli ini kepada jurutera Civil & Struktur di tempat anda bagi mendapatkan lukisan struktur seperti lukisan piling, rasuk (beam), tiang dan sebagainya. Proses ini juga akan dibuat oleh pihak kontraktor.
  • Mengira kuantiti bahan binaan secara terperinci. Dengan menggunakan lukisan pembinaan ini, anda boleh mendapatkan kuantiti bahan binaan dengan melantik Jurukur Bahan di tempat anda ataupun kami sebagai pihak kontraktor akan melakukannya untuk anda.


  • 0

BUMBUNG

Category : Uncategorized

Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

 

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

 

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.

 

Pemilihan Jenis Bumbung

 

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

 

  • Saiz dan bentuk bangunan – bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

 

  • Nilai estetika – nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

 

  • Ekonomi – kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

 

 

 

 

  • Bumbung Curam

 

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas  tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia  membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10°-45° dari garis lintang.

 

Jenis-jenis bumbung curam.

 

  1. Bumbung ganding (couple roof)
  2. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)
  • Bumbung simpai (collar roof)
  1. Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
  2. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

 

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

 

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994

  1. i) Bumbung Ganding

 

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter

 

  1. Bumbung Ganding Terikat

 

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok.

 

 

 

 

  • Bumbung Simpai

 

Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm. Kebiasannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih berbanding dengan bumbung yang lain.

 

  1. Bumbung Gulung-Gulung

 

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang melintang di bawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung-gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung-gulung menupang kasau pada jarak sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung-gulung tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

 

  1. Bumbung Pisang Sesikat

 

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.

 

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.

 

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

 

 

 

 

  • Bumbung Rata

 

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

 

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10°. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.


  • 0

TIPS MENGHIAS KAMAR TIDUR SEMPIT

Category : Uncategorized

Bilik tidur adalah ruang untuk menikmati waktu istirehat setelah seharian penat melaksanakan rutin harian. Ruang bilik tidur yang selesa amat penting agar kita mudah melelapkan mata dan mendapat waktu tidur yang berkualiti.Setiap individu pasti menginginkan hiasan bilik tidur yang cantik dan menarik. Tetapi terasa buntu memikirkan cara-cara untuk menghias bilik tidur apabila memikirkan saiz bilik yang agak kecil. Sebenarnya saiz bilik bukanlah masalah jika ada kemampuan dari segi kewangan untuk membina sesuatu yang WOW di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.Jika anda pandai untuk menata hias dengan menggunakan teknik atau cara pengubahsuaiannya kamar kecil anda akan tampak menarik dan tidak sesak. Antara tips untuk menghias bilik tidur yang sempit agar kelihatan lebih luas adalah seperti berikut:
Pengunaan warna-warna pastel
Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.
Perabot dan Penstoran
Untuk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Gunakan kotak penyimpanan barang kemas atau aksesori di meja solek sebagai tempat meletakkan lampu meja. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai.Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Gunakan juga perabot dwifungsi.
Cermin
Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
Percahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.

Aksesori
Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar.

1413096929753 1418270747561 bedroom-decorating-ideas-for-small-rooms bilik w(16) bilik-tidur bilik-tidur-anak-cute hias-bilik-tidur-women-online-magazine-3 hias-bilik-tidur-women-online-magazine-41


  • 0

GAMBARAN AM PEMBAIKAN KONKRIT

Category : Uncategorized

Penurapan konkrit (Concrete grouting)

Kerja- kerja pembaikan ini dibuat melalui kerja pemanggasan bahagian konkrit yang rosak hingga ke besi tetulang dan penambahan tetulang, pemasangan acuan khas untuk penyuntikan konkrit dan menyuntik dengan tekanan tinggi

 

Carbon fibre countersunk staple

Ianya dipasang setelah rekahan di isi dengan penurapan konkrit untuk menhan rekahan dari terus membesar.

 

Fibre reinforced polymer

Ianya merupakan bahan komposit yang nipis dan dilekatkan kepada bahagian konkrit dengan ‘epoxy adhesive’. ‘Fibre reinforced polymer’ diperbuat dari gentian kekuatan tinggi seperti kaca, kelver dan karbon yang dibenamkan kedalam ‘resin matrix’.


  • 0

GAMBARAN KEROSAKAN KONKRIT

Category : Uncategorized

Pengecaian dan penskalaan

Merupakan kemerosotan konkrit kepada serpihan kecil seperti kopekan kepada permukaan lepaan.tahap kemerosotan konkrit yang serius apabila kedalaman 3 hingga 4 inci dan mendedahkan besi tetulang. Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan struktur konkrit.

 

Rekahan dan Retak

Rekahan pada permukaan yang kurang dari beberapa milimeter lebar dan dalam dikenali sebagai retak halus . rekahan yang melebihi 0.25 inci lebar akan memberi kesan kepada struktur dan akan terus merebak masuk kedalam konkrit dan mungkin keseluruhan ketebalan dinding, lantai atau lain-lain elemen struktur.

 

Peroi (‘Efflorescence’)

Merupakan bahan putih terhablur yang berkumpul di permukaan konkrit. Ianya terjadi akibat serapan air melalui liang atau retakan halus dalam konkrit.namun ia tidak merupakan masalah struktur tetapi sekiranya tidak diambil tindakan akan memberi kesan jangka panjang.

 

Hakisan

Merupakan kesan lelasan pada permukaan konkrit yang disebabkan oleh geseran agregat atau bahan keras pada permukaan konkrit. Hakisan yang teruk boleh menjejaskan kekuatan struktur.

 

Penyerpihan

Merupakan penyerpihan konkrit yang besar dan ia berlaku disebabkan oleh hentakan benda jatuh atau stress dalam konkrit yang melebihi kekuatanya.


Follow Kami